
Kepada semua penghuni UCA1,
Kolam renang UCA1 dibuka untuk kegunaan penghuni mengikut waktu operasi yang ditetapkan. Bagi memastikan kebersihan, keselamatan dan kualiti air kolam sentiasa berada pada tahap terbaik, kerja-kerja penyelenggaraan dan pemeriksaan akan dijalankan mengikut Jadual Penyelenggaraan Kolam Renang UCA1 2026.
Penghuni dialu-alukan untuk menikmati kemudahan kolam renang di luar waktu penyelenggaraan yang dinyatakan dalam jadual.
Mohon kerjasama penghuni untuk tidak menggunakan kolam semasa kerja penyelenggaraan sedang dijalankan, khususnya ketika proses vacuum kolam, back wash, pembersihan pump/filter, pembersihan kawasan kolam dan kerja-kerja berkaitan bahan kimia.
Ujian pH dan klorin akan dijalankan setiap hari pada:
09:00 AM
02:00 PM
06:00 PM
09:00 PM
Waktu rehat: 12:00 PM – 01:00 PM
Kerjasama semua penghuni amat dihargai bagi memastikan kemudahan kolam renang UCA1 sentiasa bersih, selamat dan selesa untuk dinikmati bersama.
Selamat berenang dan nikmati kemudahan kolam renang UCA1!
